Sunday, November 20, 2016

Phorthan Soon Kelantan

Riwayat Ringkas Phor Than Soon (1930- )
Nama asal Phor Than Soon ialah Lim Hong Soon. Beliau merupakan Cina Peranakan yang keturunannya telah menetap di Kelantan beberapa generasi dahulu. Beliau telah dilahirkan di daerah Wakaf Bharu, Kelantan pada tahun 1930. Kedua-dua ibu bapa beliau merupakan Cina tempatan. Apabila beliau berumur 3 tahun, ibu beliau telah meninggal dunia setelah melahirkan adik bongsunya. Pada zaman itu, kebanyakkan orang hidup dalam keadaan miskin, termasuklah keluarga Lim ini. Oleh sebab bapa beliau tidak mampu untuk menampung sara hidup keluarga, beliau dan beberapa adik beradik telah dihantar kepada keluarga lain yang berlainan menyebabkan beliau dan adik beradik terpisah. Hong Soon (ketika itu belum menjadi sami) telah dihantar kepada sebuah keluarga Siam yang terletak di Kampung Tendong, Pasir Mas. Phor Than Soon ingatan masih jelas dan menyatakan rumahnya terletak di belakang sebuah masjid di Kampung Tendong. Apabila beliau mencecah umur 15 tahun, beliau mengetahui salasilah diri sendiri dan beliau telah balik ke Wakaf Bharu untuk mencari keluarga asal beliau untuk berjumpa bersama adik beradik kesayangannya. Setelah mencari keluarga dengan memakan masa yang lama, akhirnya beliau dapat menemui keluarganya dengan bantuan orang ramai. Pada masa beliau mencari keluarga, beliau telah mengenali seorang sami tua dari Wat Sukhontharam, Phor Long Deng. Phor Long mengetahui bahawa Hong Soon ( PT Soon) berniat untuk mencari keluarga asalnya dan Phor Long telah menjemput beliau untuk tinggal di kuil selama tempoh beliau mencari keluarganya disebabkan jarak Kampung Tendong dan Wakaf Bharu agak jauh dan memakan masa yang lama untuk ulang-alik kerana pada masa itu tiada pengangkutan hanya berjalan kaki. Ketika di kuil Hong Soon (PT Soon) sentiasa menjalankan kerja lapangan. Pada masa tinggal di kuil, Hong Soon (PT Soon) bernasib baik untuk mengenali Phor Than Lek yang merupakan seorang sami yang berpengalaman dan termasyur di Kelantan ketika itu. Hong Soon (PT Soon) telah menjalin hubungan yang agak baik dari masa belum menjadi sami sehingga menjadi sami dan sehinggalah akhir hayat Phor Than Lek meninggal dunia. Walaupun Hong Soon (PT Soon) seorang Cina, tetapi setelah tinggal bersama keluarga Siam dan beliau telah mengamalkan adat dan budaya Siam iaitu apabila umur 20 tahun, beliau telah menjadi sami bagi tempoh 3 bulan. Phor Than Soon telah menerima upacara menjadi sami yang diketuai oleh Chau Khun Khron. Masa 3 bulan telah sampai, beliau berhasrat untuk meninggalkan hayat sebagai sami. Tiba-tiba beliau menemui seorang sami yang berasal dari negara Thailand, akhirnya Phor Than Soon bersama sami ini ke Thailand untuk mempelajari ilmu agama . Apabila berumur 25 tahun, beliau dilantik menyandang jawatan sebagai Ketua Sami Wat Sukhontharam yang Ke-10 kerana kekosongan jawatan, sehingga hari ini telah 60 tahun dan beliau merupakan Ketua yang menyandang jawatan ini paling lama. Setelah beliau menjadi sami, beliau sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dari Phra Khru Lek, dan merupakan salah satu anak murid yang berjaya dan masyur di kalangan masyarakat tempatan terutamanya kalangan penganut Buddha. Walaupun Phor Than Lek tinggal di daerah Bachok perjalanannya jauh dari Wat Sukhontharam yang terletak di Kubang Panjang tetapi Phor Than Soon tidak berleter keletihan. Dalam hayat menjadi sami 65 tahun, beliau telah ulang-alik ke Thailand banyak kali untuk mempelajari ilmu, boleh dikatakan berpengalaman. Keputusan yang dibuat ketika beliau umur 20 tahun telah menentukan riwayat hidup beliau. Pada hari ini beliau merupakan sami yang tertua di Kelantan. Pada tahun ini beliau telah menyambut hari lahir yang ke-85 dan menerima phansa selama 65 tahun.

No comments:

Post a Comment

Asean

Did you know Aseaners? The term "South-East Asia" was first used in connection with the present region by American priest and edu...